PERHATIAN
!!
Adakah
Anda Ingin
Memiliki 1
EBOOK + 4 PERISIAN TUTORIAL MENAIP
Secara PERCUMA? 100%
PERCUMA !!
Jika
Ya!.. Ikuti 2
Langkah Yang Seterusnya..
|
 |
Isikan NAMA & EMAIL Anda Di Bawah :
|
| * Sejurus
selepas anda mengisi
borang di atas, sebuah email akan dihantar secara automatik ke email
anda. Sila
ikuti arahan seterusnya (yang
terdapat di dalam email tersebut). Maklumat yang telah anda berikan
akan dirahsiakan, tidak akan didedahkan, tidak akan dijual atau
dikongsi dalam apa bentuk sekalipun. Seperti anda, kami juga membenci
SPAM. Harap maklum !! |
|
PAKEJ
MENAIP PANTAS : 3 EBOOK
UTAMA (RM20 @ USD7)
 |
TEKNIK MENAIP PANTAS DALAM MASA 14 HARI
Ebook ini merupakan produk utama yang terdapat di website ini,
ia mempunyai 373
muka surat kesemuanya. Ebook ini meliputi segala-galanya
berkaitan dengan dunia penaipan pantas, penuh dengan penjelasan
terperinci beserta dengan gambar-gambar yang berkaitan. Bermula dengan
memperkenalkan pelbagai rekabentuk papan kekunci, jenis yang paling
biasa digunakan, bebutang yang paling asas, seterusnya sejarah
kewujudan mesin taip secara kronologi.
Kemudian, anda akan diperkenalkan dengan jenis papan kekunci yang
dinamakan QWERTY,
mengenal penaip-penaip terpantas dunia (mengikut sejarah) dan
seterusnya mengetahui bagaimanakah postur yang betul ketika mengadap
komputer (semasa menaip). Dalam tajuk berkaitan dengan "postur" ini,
fokus akan diberikan terhadap mata manusia, sudut dan darjah, aras dan
jarak, sendi-sendi yang terlibat serta permukaan posterior tubuh badan
manusia.
Seterusnya, anda akan diperkenalkan dengan Teknik "Touch Typing"
iaitu satu-satunya teknik sebenar untuk mampu menjadi seorang penaip
yang sangat pantas. Serba-serbi yang perlu anda ketahui berkenaan
dengannya akan dijelaskan termasuklah sejarahnya, bagaimana ia
dilakukan dan 6
perkara utama untuk menguasai teknik tersebut. Kemudian, anda
akan diajar tentang "Posisi 10 Jari"
iaitu peraturan wajib untuk setiap penaip pantas yang meliputi 4
perkara penting. Dan anda juga akan dibawa sepintas lalu untuk
mengetahui "do
& don't" semasa melakukan tugas menaip.
Akhirnya, anda akan sampai ke tajuk yang paling penting iaitu "Latihan Intensif 14
Hari Menggunakan Teknik "Touch Typing"" yang bakal menjelaskan
sejelas-jelasnya bagaimana latihan tersebut dilakukan... hari demi
hari... langkah demi langkah, beserta dengan gambar posisi jejari yang
diambil melalui kamera digital.
Sebagai penutup, tajuk "Senaman Ringkas"
telah disertakan. Ia meliputi senaman ringkas leher dan muka, bahu dan
lengan, pergelangan tangan dan jari-jari, belakang badan dan pinggang,
serta kaki dan pergelangan kaki.
|
 |
PANDUAN 14 HARI "TOUCH TYPING"
Ebook ini hanya fokus terhadap
tajuk “Latihan Intensif 14 Hari
Menggunakan Teknik "Touch Typing”” yang terdapat di
dalam ebook terdahulu
iaitu ebook “Teknik Menaip Pantas Dalam
Masa 14 Hari”. Ebook tersebut adalah setebal 373 muka surat,
terlalu tebal
jika dicetak (print) dan di bawa ke mana-mana sebagai rujukan anda.
Jadi, saya
telah mengabaikan (delete) isi kandungan yang lain dan mengambil satu
tajuk
yang terpenting sahaja sebagai isi kandungan ebook kedua ini. Walaupun
masih
agak tebal, namun sekurang-kurangnya ketebalannya telah pun
dikurangkan. Ia
mungkin berguna untuk anda yang lebih gemar mencetak dan membaca buku
fizikal
daripada membaca ebook/ buku digital (yang hanya boleh dibaca melalui
komputer).
Ebook ini akan menjelaskan
segala-galanya apa yang sepatutnya anda lakukan dalam tempoh latihan intensif
selama 14 hari tersebut. Walaupun saya sebutkan “14
hari”, namun usah
dirisaukan kerana “14 hari” yang dinyatakan di sini
semata-mata merupakan
cadangan sahaja dan ia bukanlah sesuatu yang wajib diikuti. Jadi,
latihkan
jari-jari anda untuk menguasai teknik “Touch Typing” ini
selama mana pun yang
anda suka dan sekadar mana yang termampu. Ingat! Jangan memaksa diri
sendiri,
lebih-lebih lagi jika anda seorang pemula (beginner) dalam soal
taip-menaip.
Ebook ini akan menceritakan dan
menjelaskan secara terperinci
apa yang harus dilakukan, hari demi hari... langkah demi langkah, beserta dengan gambar posisi
jari-jari (di atas papan kekunci) yang diambil melalui kamera digital.
Dengan bantuan gambar-gambar berkualiti ini, ia akan memudahkan anda
untuk memahami tata-letak jejari anda yang sepatutnya semasa melakukan
latihan menaip nanti.
|
 |
LATIHAN INTENSIF 14 HARI SECARA ON-SCREEN
Ini adalah ebook
yang bakal anda gunakan untuk melakukan latihan intensif selama 14 hari
nanti. Ebook yang ringkas, namun penuh dengan latihan-latihan intensif.
Walaupun disebutkan "intensif", namun
usah dirisaukan kerana tahap intensifnya adalah berdasarkan pencapaian
anda ketika itu. Maknanya, anda akan bermula dengan senang dan akan
mengakhirinya dengan senang juga. Kerana setiap 1 hari latihan (hari
demi hari) adalah berdasarkan kemampuan anda setakat hari itu juga.
Awas! Jangan melangkaui (skip) latihan-latihan yang diberikan sekiranya
ingin tetap berada dalam keadaan "senang".
Ebook ini adalah dalam format word.
Jadi, anda boleh "save" pada bila-bila masa setelah siap melakukan
latihan. Dan di keesokan harinya, anda boleh terus menyambung latihan
anda bermula dari tempat yang anda telah save itu. Anda juga boleh
mencetak ebook ini menjadikannya buku fizikal sekiranya anda mahu,
mengikut keselesaan anda.
Setelah anda menamatkan latihan-latihan yang terdapat di dalam ebook
ini (secara tertib dan mengikut panduan), maka bermulalah hidup anda
sebagai seorang penaip
yang pantas. Selamat berjaya!!
|
|
|